Assalamualaikum...
Dalam kehidupan kita selalu impikan mahupun inginkan seseorang atau beberapa orang sahabat. Tidak kiralah pada seorang perempuan mahupun lelaki. Walaupun begitu, pernahkah anda terfikir bahawa yang bersama anda adalah seorang sahabat ataupun sekadar hanya seorang kawan? Semestinya kita hanya mempunyai ramai kawan tetapi belum tentu mempunyai seorang sahabat bukan? Adakalanya kita sudah pun merasakan dia adalah sahabat sejati kita akan tetapi bagi dirinya kita hanya sekadar kawan walaupun telah banyak pengorbanan dan masam manis pahit kita semasa menjalinkan persahabatan dengan dirinya. Apa yang mampu kita lakukan jika itu yang dianggap untuknya. Kita hanya mampu bersabar serta berdoa semoga dia bahagia disamping orang-orang yang tersayang.
Pernahkah anda merasakan bahawa anda telah melakukan sehabis baik demi menjaga sebuah persahabatan akan tetapi dengan hanya suatu kesalahan kecil persahabatan anda terputus begitu sahaja? Ini kerana saya telah pun alami situasi ini bahkan ibu saya juga pernah merasakan situasi yang lebih teruk dari ini. Saya begitu kecewa kerana bagi seorang manusia itu dia terlalu merasakan atau meinginkan kesempurnaan dalam hidupnya sedangkan kita tahu bahawa manusia itu tidak sempurna melainkan Allah S.W.T.
Mengapa kita perlu ego? Mengapa kita perlu keras hati? Mengapa kita perlu menjauhkan apa yang mampu kita dekatkan? Mengapa kita perlu keruhkan sedangkan kita mampu untuk jernihkan? Mengapa? Mengapa perlu berpegang pada prinsip yang tidak seberapa terhadap satu perkara kecil yang telah pun dipohon maaf sebanyak tiga kali? Apa sukar untuk dimaafkan? Atau hati itu telah disumpah menjadi batu atau besi? Mengapa tidak mampu untuk melembutkan hati pada seorang insan yang sangat menghormati serta sangat menyayangi diri anda? Mengapa perlu keraskan hati? Mengapa?
Sekarang aku hanya mampu meneruskan kehidupan seperti yang lain kerana aku hanya insan biasa yang juga tahu erti berserah dan redha ke atas apa yang telah berlaku. Walau apapun yang terjadi, hidup perlu diteruskan kerana maaf yang telah dipohon sudah pun mencecah tiga kali. Tidak perlu rasanya untuk dipohon seribu kali andai hati itu sekeras kerikil barangkali. Tidak perlu. Tidak perlu merayu pada yang tidak sudi. Kita semua hanya manusia biasa yang melakukan kesilapan dan tidak sempurna pada sesiapa. Akhir kata, aku telah memaafkan dirimu sejak peristiwa itu. Bagi diriku, bahagianku telah pun dilaksanakan melainkan yang tinggal hanyalah bahagianmu.
Terima kasih sahabat buat selamanya.
Assamualaikum buatmu yang jauh di sana..