August 6, 2013

Cinta Hati

Assalamualaikum. Jawab jangan tak jawab. Tak jawab berdosa. Tiba-tiba datang mood nak update blog nie haa. Ini pun disebabkan rasa sayang fienaz buat buah hati tersayang (uuuppppssss!).  Kalau kita ikhlas sayangkan seseorang dan dia juga sama seperti kita, tak salahkan? Semestinya kita doakan bahawa dia adalah jodoh yang Allah takdirkan untuk kita. Usaha, ya kita kena usaha untuk semua tu. 

Kepada CINTA HATI saya MR.UAABA terima kasih kerana menyayangi diri ini menerima saya seadanya. Saya hanya gadis biasa yang penuh dengan tanya dan masih mencari dan mencari sesuatu yang ingin kita kecapi. Walaupun hari ini bukan hari ulangtahun kita, tapi saya rasa sangat-sangat nak update pasal awak. Nak semua orang tahu betapa saya sayangkan awak wahai CINTA HATI.

Terima kasih kerana sudi menerima insan yang sangat kuat bebel macam saya. Kadang-kadang sampai kita gaduh (masam manis kehidupan). Seorang insan yang tak sempurna di mata orang lain tapi hanya di mata awak. Terima kasih. Juga seorang yang gila-gila.


Tapi sebenarnya kita sama gila-gila!
Macam awak cakap
"Awak dengan saya sama saja, tak payah nak dibandingkan sangatlah"
Macam kejam ja ayat awak tu kan???


Oh, yeah!
Kita serupa kita serupa
Lalalala

Walau apapun, saya tetapkan sayangkan awak MR.UAABA
Selagi saya bernafas selagi saya dipanjangkan umur
Selagi saya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bersama awak
Maka akan saya lakukan
In sha Allah hingga saya menjadi yang sah untuk awak dan hingga ke jannah
Amin...


I will always love you!

August 5, 2013

Wajah Baru

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Ramadhan masih bersama kita lagi. Tak salahkan kalau fienaz ucap? Korang sihat wahai rakan-rakan blogger sekalian? Fienaz harap sihat la. Amin... Tak dak motif sebenarnya update nie sebab otak dah blank bertungkus lumus menukar wajah blog yang disayangi ni. Dari pagi sampai sekarang baru siap haa.

Amacam???
Okay tak wajah baru blog fienaz ni???
Warna pink lagi taw! Warna kegemaran kite lerrr...


Dan seperti biasa fienaz memang akan lupa nak simpan wajah lama. So, tak dak la gambar blog fienaz yang lama. Adesss.. Penat dah... Bubye!

August 3, 2013

Alhamdulillah..Syukur

Assalamualaikum semua. Hai hai hai. Kegembiraan aku terselah tak? Hehehe. Ada apa nie fienaz oi? Sebenarnya, seperti yang semua tahu hari  ni result final eam last semester dah keluar. Fienaz dah check dah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi atas pembenrian-Nya buat diri ini. Apa yang diperoleh setimpal dengan apa yang diberi. Amin. Walaupun aku tak dalam "Dean List" tapi result aku better than last semester. Terima kasih ya Allah. (Rojaknya bahasa)

Tak lupa buat parents yang banyak beri kata-kata semangat dan berkorban wang ringgit demi anak tercinta ini. Terima kasih mak abah! Dan tok yang banyak mendoakan cucunya ini. Tak lupa juga buat rakan-rakan sebilik dan sekelas yang banyak membantu dan berkongsi ilmu bersama. Terima kasih kawan-kawan! Semester depan kita study bersama-sama lagi yea???


August 2, 2013

Ini Cara Aku

Assalamualaikum. Jawab jangan tak jawab. Hehe. Pejam celik pejam celik kejap ja Ramadhan dah nak tinggalkan kita. Harap dapat bertemu lagi tahun depan dan tahun-tahun yang akan datang. Amin. Malam ni, eh tak pagi ni, eh tak juga. Apa-apa jelah. Janji nak cakap yang semangat nak menaip membuak-buak pulak haa (giteww).

Setiap orang mesti ada cara tersendiri nak luahkan perasaan atau rasa geram kan? Tak kiralah sama ada nak luah atau lepaskan di laman sosial, cerita pada seseorang, sakitkan diri sendiri atau apa jua cara sekali pun kan? Mesti akan ada. Kita hanya manusia biasa. Macam-macam perasaan kita rasa.

.

Dan cara aku adalah di laman sosial. Aku suka menaip aku suka lepas semua di situ. Bagi aku, siapa yang tak sanggup atau tak suka dengan cara aku. Aku tak kisah. Janji aku puas sebab tu memang cara aku. Kita ada cara kita sendirikan? Biarlah apa pun yang orang nak cakap orang nak kata. mulut orang kita bukan boleh tutup. Mulut orang takkan pernah berhenti bercakap melainkan mereka sudah menghembuskan nafas yang terakhir.

Mungkin ada yang terasa dengan apa yang kita kata atau luahkan. Sedangkan kita berkata-kata pada orang lain atau pihak lain. Mengapa mesti terasa? Mengapa? Mesti kita ada berbuat sesuatu kan? Usah terasa usah sentap usah ambil hati jika ianya tidak ada kena mengena dengan anda. Kalau tak suka endahkan saja. Kalau benci buang saja. Jangan paksa diri. Nanti awak yang merana.

Ini cara saya. Maka biarkan saja. Saya juga ada sesiapa yang sudi mendengar luahan hati saya TAPI ini memang cara saya. TOLONG JANGAN HALANG SAYA.