May 10, 2013

Luahan Hati

Assalamualaikum dan selamat malam. Setelah lama fienaz tak update blog atas sebab-sebab tertentu, tiba-tiba malam nie fienaz ada masa dan rasa nak update blog nie. Fienaz pun sibuk sekarang dengan aktiviti dan masalah-masalah yang timbul. Fienaz just nak buat luahan hati ja malam nie. Buat pembaca yang tak rasa nak baca sila ke page lain yer. Tiada paksaan.

Setelah berlalunya PRU13 hari tu, macam-macam perkara yang berlaku. Lagi-lagi dalam FB yang macam-macam cerita yang keluar daripada kawan-kawan FB tu. Sesungguhnya fienaz juga banyak berbalah serta ada berlaku salah faham dan juga sedikit pergaduhan. Fienaz akui sangat-sangat.

Fienaz amat kecewa bila lihat ramai kawan-kawan fienaz yang hampir kesemuanya pakat menukar DP menjadi warna hitam setelah berlakunya PRU13. Fienaz juga membuang sesetengah rakan di FB serta ada yang fienaz block sebab fienaz dah tak tahan nak lihat serta berbalah dengan mereka semua.

Salah satu status fienaz di FB adalah "Sampai bila blackout kat FB nie. Maaflah kalau terbuang kawan dalam Fb nie sebab blackout, so tak nampak orangnya". Selepas itu, fienaz ada terbaca status seorang yang dulunya bergelar kawan dan sekarang bagi fienaz kami tak pernah kenal. Dia kata "Do remove me as you wish"Lantas fienaz menekan button unfriend pada profile dia. Fienaz pun bukanlah seorang yang kejam sangat saja-saja nak remove dia. Fienaz buat macam tu pun bersebab.

Sebab fienaz remove dia adalah dia hanya bergelar kawan fienaz pada waktu kami masih bersekolah. Hari terakhir kami berkawan adalah pada hari terakhir peperiksaan SPM. Kenapa??? Sebabnya lepas SPM tu dia dah tak pernah contact atau berhubung dengan fienaz sama sekali. Mahupun kami berkawan di FB tetapi dia langsung tak pernah tegur atau like or even poke. Kalau fienaz komen dia just balas sekali ja. Kalau fienaz post dia cuma balas sekali juga. Akhir sekali, kalau fienaz tak tegur dia maka dia juga takkan pernah tegur fienaz. Maka sebab itulah tangan fienaz tidak berasa berat untuk menekan button unfriend tu!

Bagi fienaz, fienaz tak kisah pun kalau dia ada ka tak dak dalam hidup fienaz. Selama kami berkawan pun, fienaz pergi rumah dia pun kekadang dah call tak berangkat. Sedangkan dia kata ada kat rumah. Kalau kekadang saja call pun dia tak angkat. Kalau kamu berada di tempat fienaz, apa kamu rasa? Bagi fienaz orang macam tu tak penting dalam hidup fienaz. You can go away and far away, I don't mind!

2 comments:

  1. pinat..seharusnya org mcm drg diblock..tk reti nk bersyukur..#towardsbetternation

    ReplyDelete