July 30, 2013

Mencari Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog fienaz yang tak seberapa nie. Fienaz doakan dan harap sangat yang korang sihat-sihat belaka. Tak lupa juga,  SALAM RAMADHAN. Sementara bulan Ramadhan masih bersama kita, kita harus raikannya sebaik mungkinkan? Hanya sekali dan sebulan sahaja dalam setahun. (Indahnya bulan RAMADHAN).

Mencari semangat yang hilang. Ya, itu tajuk entry kali ni. Kenapa? Fienaz bukan nak bercerita sebenarnya tapi fienaz nak pendapat dari korang semua. Boleh? Tidakler sampai nak merayu melutut bagai. Kalau yang ada idea dan pendapat bolehla kita komen-komen nanti :)

Ceritanya begini....

Fienaz merupakan salah seorang rakyat Malaysia (aicheh ayat) yang boleh dikategorikan sebagai salah seorang yang obesiti. Betul ke??? Betul...Fienaz tak tipu pun...*Percayalah kata-kataku ini (haaa..tudiaaa)

Tinggi fienaz adalah 150cm jer. (Rendahnya, siapa cakap pendek fienaz luku kepala dia!)
Berat pula adalah 80kg (Oi, biar betul kau!) 
SUMPAH
Fienaz tak tipu korang
Tak baik menipu bulan puasa kan??? Kan???

Jadi....

Fienaz nak minta pendapat korang ataupun cadangan korang la. Macam mana fienaz nak dapatkan semangat menurunkan berat badan fienaz ni. Fienaz nak semangat tu biarlah berpanjangan. Selalunya semangat fienaz hanya akan bersama fienaz selama seminggu atau paling lama pun dua minggu ja. Sangatla tak padan kalau nak dibandingkan dengan berat yang dah berkilo-kilo tu kan??? *Aku mecari semangat yang hilang*


Kalau ada yang sudi nak kongsi dan berikan cadangan, komenlah pada entry nie yer.
Fienaz tak paksa pun :)

*P/S: Jangan suggest produk dekat fienaz, Please!

July 29, 2013

YUMMY SOCKS

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sihat? Salam Ramadhan yerr. Holla hello holli. Ngeee. Just a simple update je nie. Fienaz cuma tolong kawan fienaz YUMMY SOCKS nie. Apa tu? Hehehe. YUMMY SOCKS tu stoking kaki biasa ja tapi banyak warna dan juga corak. Comel sangat! Nak tengok???


Nah!


 Comel kan??? 
Cakap comel cepat!
Hahaha
Just kidding :)


Ini pula kalau dah di kaki

Well, intersted???
Just whatsapp this number okay.
0124800834 & nama dia farah fuad.

Bye!

July 25, 2013

"GIVEAWAY AIDILFITRI"

Assalamualaikum. 
Fienaz tak taw dah nak update apa dekat dalam blog nie haa.
 So, join la GA ni.

JOM JOIN!!!
Senang ja



July 24, 2013

Pesanan Penaja


Pesanan ini khas buat para pengunjung blog ini yang merasakan entry saya keterlaluan atau apa sahaja. Di sini saya nak merakamkan ucapan ini buat anda semua yang mungkin ada rasa tidak puas hati dengan saya. Satu lagi, maafkan saya kalau mungkin saya akan terkasar bahasa atau buat anda terasa hati.

"Blog ini adalah blog saya, suka hati saya lah kan nak post ke publish ke apa pun. Kalau tak suka tak payah pun nak klik masuk kat blog saya ni. Saya pun tak minta anda suka dengan entry-entry saya semua. Apa yang saya buat dan taip lahir dari hati saya yang ikhlas. Setiap manusia ada cara untuk ekpresikan rasa tidak puas hati ataupun sakit hati. Maka dengan ini, suka saya ingatkan bahawasanya INI ADALAH CARA SAYA. Suka atau tidak ini adalah saya. Kalau tak suka, sila BERAMBUS!!!"

Ini luahan hati saya. Maafkan saya kalau Bahasa saya kasar. Have a nice day!!! SALAM RAMADHAN.

July 23, 2013

Lagi-lagi Kau & Lagi-lagi Kau

Assalamualaikum! Salam Ramadhan buat rakan blogger sekalian yang sudi singgah dekat blog ceq ni haaa. Harap sangat hampa dalam keadaan yang sihat-sihat belaka. By the way and by the way, ni boleh dikatakan sambungan entry yang sebelum ni juga tapi ada penambahan sikit jela kot. Kali ni fienaz tak cerita panjang lebar dan fienaz cuma akan buat pesanan sahaja.

"Wahai saudari yang bermata garang, bolehkah anda berkelakuan menyerang orang dengan memakai helmet? Tolongla jangan serbu tanpa pakai helmet, bahaya awak tawu? Orang sikit pun tak cari pasal la dengan awak. Kenapala awak kecoh sangat macam orang dowk mengata kat awak? Hidup biar bermanis mulut dan muka bila bersama orang-orang disekeliling. Jadi awak takkan rasa janggal atau buat orang rasa menjenggkelkan nak tengok awak. Susah sangat ke awak nak senyum, nak manis muka dengan orang? perlu bayar sampai RM1,000,000 ke untuk buat semua tu?"

Satu benda lagi, kalau awak dah tak suka nak baca tweet-tweet saya tu kan "Pergi UNFOLLOW jela". Saya tak hairan pun kalau awak tu bukan follower saya haa. Awak pun tak payah nak susah gelak terguling-guling ka tergolek-golek ka kan? Bazir tenaga dan air liur ja nanti awak.


"Manusia sekarang suka berprasangka buruk dengan yang lain"

July 20, 2013

Layakkah engkau???

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Fienaz straight to the point. Kalau sesiapa yang tak berminat nak baca entry ni, sila pangkah yer. Ini ada kisah layakkah engkau. Layakkah engkau bergelar sahabat atau rakan wahai NURZULAIKA aka AAIKA???

          Mungkin pada kau, kau layak tapi jawapan dari aku adalah TIDAK!
Aku ada sebab aku sendiri yang buatkan aku kata kau tidak layak. Itu untuk padangan diri aku bukan dari Allah S.W.T. Bahkan aku juga tahu yang aku tidak sehebat mana, aku juga manusia biasa. Aku bisa memaafkan dan dimaafkan, aku bisa dibenci dan juga membenci. Kita manusia yang penuh dengan 1001 rasa dan perasaan dalam diri. Di sini, aku tampilkan gambar-gambar yang telah aku *printscreen* serta sebab-sebab yang lain.

Sebab-sebabnya :-


  • Terima kasih blocked aku wahai IKA.

  • Aku pun blocked kau dalam satu lagi laman sosial yang penting buat semua sebab aku pun dah sangat terasa hati dengan kau TETAPI kau balas ini untuk aku.

  • Kau siap bagi amaran lagi kat aku, kau tak sedar kau yang paksa aku untuk aku buat macam tu. (Pedih woi) Lawan blocked la kan. SANGAT ADIL!

  • Kau tengking aku disaat kau minta pertolongan aku (patutkah engkau?)

  • Kau tinggalkan KAMI setelah kau berjumpa jejaka idaman hati (bahkan kau kata KAMI yang meninggalkan engkau)Kau kata kau nak bersama KAMI di dalam majlis (tapi kau macam digam atas kerusi bersama dia)

  • Kau kata kau tak sempat nak bagitahu KAMI yang kau sudah pun DIUGUT (Kau guna IT untuk apa?)

  • Bila ditegur kau selalu lambat untuk  pergi ke kelas (Kau kata “Mana ada, kami cepat siap la”) Maka, sebab itu kami mengambil keputusan untuk tinggalkan engkau semasa hendak ke kelas dengan andaian kau akan sedar TETAPI tidak!!!

  • Awal semester kau ada kawan (Kau tinggalkan KAMI) Sikit pun kami tak marah.

  • Pertengahan semester kau dah mula sayang jejaka kau (kau lupakan semua kawan kau)

  • Kau tahu tak yang budak tingkat sepuluh tu dah terasa hati dengan kau (Masa susah kau ja kau cari mereka)

  • Kau kata dulu kau tak pernah rasa sayangkan jejaka kau sebab kau tak mampu nak lupakan kekasih lama kau (Jangan tipu hati kau) Tak baik mainkan perasaan orang.

  • Kenapa kau mesti kata kau tak sayangkan dia bila soalan ditanya kepada kau? (Kami tak sayang dia kau kata, kami rasa macam kami dipaksa)

  • Saban hari kau bersama dia, pagi petang siang malam. Kalau boleh 24jam kan? (Sikit pun kami tak halang kau, bahkan kami tak masuk campur urusan kau)

  • Bila hari KAMI nak bersama-sama keluar makan, kau kata kami tak ajak kau. Walhal, kami sememang dah rancang hari sebelum tu semasa kau tiada di bilik dan kau bersama jejaka kau. Bila ditanya, kau kata (Tak mau la, kena tanya baru nak ajak) Apa yang kau mahukan? Kau mahu kami layan kau macam seorang puteri???

  • Kau bersama NINI, ada kami halang kau keluar bersama? Ada kami kata kami nak ikut kau? Tidak pernah

  • Berbuka puasa. Kami ajak Fi makan bersama sebab dia hanya nak berbuka dengan roti sedangkan kami berhidang Mc’D. Patutkah kami tidak semawa dia yang hendak berbuka? Kau dalam keadaan ABC dan kau di dalam bilik, perlukah kami panggil kau semata-mata nak ajak kau makan? Kau tweet ini..



  • Akhir sekali untuk entry adalah kau kata pada aku sesuatu yang amat aku akan ingat sampai mati IKA. Sampai mati. Walaupun masih ada perkara yang aku nak taip-taip TAPI cukupla hanya sampai sini.



TERIMA KASIH NURZULAIKA BINTI ABDUL RAHIM