May 30, 2012

Follow My Heart

Aku menulis ikut kata hati. Aku berkata ikut hati. Aku berfikir ikut hati. Aku merasa ikut hati. Hati aku SAKIT! PARAH! DERITA! PERIT! Itu yang aku rasa. Aku buat keputusan ikut kata hati. Walaupun ikut kata hati tapi aku rasa itu sahaja yang tebaik demi masa depan kita. Aku mungkin terlampau emosi. Aku mungkin terlalu ikut kata hati tapi percayalah. Ini yang terbaik untuk kita. Mungkin memang aku tak sanggu untuk menghadapi semua ini. Mungkin aku memang tak kuat untuk tempuh semua ini tapi hanya ini yang terbaik. AKU HARAP kau terima semua ini sebagai mana aku cuba untuk terima semua ini.

Mungkin apa yang kau kata buatkan aku terasa. Mungkin juga apa juga yang kau kata menyedarkan akan sikapku yang tak pernah ADIL terhadapmu. Aku memang bukan terbaik untukmu malah takkan pernah dapat jadi yang terbaik untuk dirimu. MAAFKAN AKU. Aku terpaksa pertaruhkan emosiku perasaanku hatiku jiwaku demi kebahgiaanmu. MAAFKAN AKU. Sesungguhnya aku tak sanggup untuk hadapi semua ini TAPI aku harus tabah. Aku memang tak kuat aku tidak sekuat luaran aku. Aku cuma seorang yang lemah. Lemah dari segala aspek. Hati aku bukan satu tempat permainan. Hatiku bukan tempat untuk disakitkan. Hati aku bukan untuk dilukai DAN kau memang tidak lakukan semua itu terhadapku.

Semua itu hanya selalu dan sering dilakukan oleh seorang wanita yang tak pernah adil yang tak pernah fikir hati perasaan kau. Kenapa kau masih sanggup terima diri ini? Apa kebaikanku yang kau nampak? Apa yang boleh aku beri untuk kau?

Aku bukan seorang yang normal. Aku bukan seorang yang cantik. Aku bukan seperti yang kau dambakan untuk jadi suri hidup kau. Aku CUMA seorang yang berpenyakit, seorang yang lemah fikizal dan dalaman. Mental aku juga tak pernah sestabil orang lain. Tekanan yang aku ada tak sama seperti orang lain. KENAPA kau masih layan aku? KENAPA kau masih terima aku???

Hati aku SAKIT SAKIT SAKIT dan terus sakit kerana setiap kali aku lukakan kau hati aku PARAH! Aku tak sanggup untuk hadapi semua ini. Maka aku putuskan untuk buat keputusan itu. MAAFKAN AKU.....

6 comments:

  1. cik Fienaz banyakkan brsabar yea. stiap yg blaku ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
  2. tabah hadapi khdpn k! ..hope boleh follow sini (っ◕‿◕)っhttp://yuurayura.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. tabah hadapi khdpn k! ..hope boleh follow sini (っ◕‿◕)っhttp://yuurayura.blogspot.com/

    ReplyDelete