November 17, 2014

Persahabatan

Assalamualaikum...

Dalam kehidupan kita selalu impikan mahupun inginkan seseorang atau beberapa orang sahabat. Tidak kiralah pada seorang perempuan mahupun lelaki. Walaupun begitu, pernahkah anda terfikir bahawa yang bersama anda adalah seorang sahabat ataupun sekadar hanya seorang kawan? Semestinya kita hanya mempunyai ramai kawan tetapi belum tentu mempunyai seorang sahabat bukan? Adakalanya kita sudah pun merasakan dia adalah sahabat sejati kita akan tetapi bagi dirinya kita hanya sekadar kawan walaupun telah banyak pengorbanan dan masam manis pahit kita semasa menjalinkan persahabatan dengan dirinya. Apa yang mampu kita lakukan jika itu yang dianggap untuknya. Kita hanya mampu bersabar serta berdoa semoga dia bahagia disamping orang-orang yang tersayang.

Pernahkah anda merasakan bahawa anda telah melakukan sehabis baik demi menjaga sebuah persahabatan akan tetapi dengan hanya suatu kesalahan kecil persahabatan anda terputus begitu sahaja? Ini kerana saya telah pun alami situasi ini bahkan ibu saya juga pernah merasakan situasi yang lebih teruk dari ini. Saya begitu kecewa kerana bagi seorang manusia itu dia terlalu merasakan atau meinginkan kesempurnaan dalam hidupnya sedangkan kita tahu bahawa manusia itu tidak sempurna melainkan Allah S.W.T. 

Mengapa kita perlu ego? Mengapa kita perlu keras hati? Mengapa kita perlu menjauhkan apa yang mampu kita dekatkan? Mengapa kita perlu keruhkan sedangkan kita mampu untuk jernihkan? Mengapa? Mengapa perlu berpegang pada prinsip yang tidak seberapa terhadap satu perkara kecil yang telah pun dipohon maaf sebanyak tiga kali? Apa sukar untuk dimaafkan? Atau hati itu telah disumpah menjadi batu atau besi? Mengapa tidak mampu untuk melembutkan hati pada seorang insan yang sangat menghormati serta sangat menyayangi diri anda? Mengapa perlu keraskan hati? Mengapa?

Sekarang aku hanya mampu meneruskan kehidupan seperti yang lain kerana aku hanya insan biasa yang juga tahu erti berserah dan redha ke atas apa yang telah berlaku. Walau apapun yang terjadi, hidup perlu diteruskan kerana maaf yang telah dipohon sudah pun mencecah tiga kali. Tidak perlu rasanya untuk dipohon seribu kali andai hati itu sekeras kerikil barangkali. Tidak perlu. Tidak perlu merayu pada yang tidak sudi. Kita semua hanya manusia biasa yang melakukan kesilapan dan tidak sempurna pada sesiapa. Akhir kata, aku telah memaafkan dirimu sejak peristiwa itu. Bagi diriku, bahagianku telah pun dilaksanakan melainkan yang tinggal hanyalah bahagianmu. 

Terima kasih sahabat buat selamanya.
Assamualaikum buatmu yang jauh di sana..

November 16, 2014

Alhamdulillah, Terima Kasih 2014

Assalamualaikum

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana di atas limpah dan kurnia-NYA kepada kami sekeluarga pada tahun 2014 ini. Terlalu banyak peristiwa yang tercatat buat kami sekeluarga. Walaupun kita bukan lagi di bulan Disember tetapi Fienaz nak kongsi kebahagiaan kami sekeluarga dengan semua. Pada tahun ini, peristiwa yang paling menjadi sejarah buat kami sekeluarga adalah pemberian atau penganugerahan oleh Perdana Menteri  yang diberi kepada Abah untuk Abah menunaikan ibadah haji pada tahun ini dan Abah telah pun selamat sampai di samping kami sekeluarga.



Kami amat bersyukur dengan apa yang diberikan ke atas kami sekeluarga. Terima kasih Ya ALLAH atas pemberian-MU. Walaupun hanya Abah sahaja yang pergi ke Tanah Suci tapi kami bahagia kerana tokoh keluarga kami telah pun menjejakkan kaki ke sana. Sesungguhnya kami tidak menyangka sesuatu seperti ini akan diberikan kepada kami. Tahniah Abah! Segala titik peluh abah dan keringat abah diberi anugerah yang tidak ternilai harganya.

Sebelum abah berangkat ke Tanah Suci waktu itu, aku juga telah selamat menamatkan pengajianku sebagai graduan ijazah. Alhamdulillah. Aku juga tidak pernah menyangka bahawa aku mampu belajar sampai ke tahap ini. Walaupun sudah ramai graduan ijazah di luar sana, aku tidak peduli kerana bagi aku, aku sudah pun buatkan mak abah bahagia dengan apa yang aku lakukan setakat ini. Alhamdulillah.


On my last paper for Final Semester!






Terima Kasih Ya ALLAH.

November 15, 2014

Setelah Setahun Kemudian

Assalamualaikum semua kesayangan

Setelah sekian lama Fienaz tidak mempedulikan kewujudan blog PINK Fienaz ni, tiba-tiba malam ni tergerak hati nak buka. Bila dah buka blog sendiri dan lihat entry terakhir adalah pada 26 August 2013! Oh, tidak! Sudah setahun lebih tidak ku update rupanya. Sibuk barangkali dengan thesis masa tu dan sekarang telah pun kebosanan dek kerana saya menanam anggur sebagai penganggur sekarang. Apa boleh buat dunia sekarang susah nak dapat kerja dengan bidang yang kita ceburi kan???

Oh, ya. Saya dengan ini ingin memberitahu bahawa saya telah pun menamatkan pelajaran saya dengan jayanya (Alhamdulillah walaupun tak sehebat orang lain). Saya bersyukur dengan apa yang diberikan oleh-NYA kepada saya. Sekarang sedang menanti hari bahagia iaitu 'HARI KONVO" ler pada 7 Disember ini. Alhamdulillah. 

Entry ni sekadar nak membersihkan habuk-habuk yang terlampau bersawang sudah sekian lama ditinggalkan tuan empunya. Kesian dia merana sendirian ya. Too many story to be told but then, this is for now! 

THANK YOU!