Assalamualaikum
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana di atas limpah
dan kurnia-NYA kepada kami sekeluarga pada tahun 2014 ini. Terlalu banyak
peristiwa yang tercatat buat kami sekeluarga. Walaupun kita bukan lagi di bulan
Disember tetapi Fienaz nak kongsi kebahagiaan kami sekeluarga dengan semua.
Pada tahun ini, peristiwa yang paling menjadi sejarah buat kami sekeluarga
adalah pemberian atau penganugerahan oleh Perdana Menteri yang diberi kepada Abah untuk Abah menunaikan
ibadah haji pada tahun ini dan Abah telah pun selamat sampai di samping kami
sekeluarga.
Kami amat bersyukur dengan apa yang diberikan ke atas kami
sekeluarga. Terima kasih Ya ALLAH atas pemberian-MU. Walaupun hanya Abah sahaja
yang pergi ke Tanah Suci tapi kami bahagia kerana tokoh keluarga kami telah pun
menjejakkan kaki ke sana. Sesungguhnya kami tidak menyangka sesuatu seperti ini
akan diberikan kepada kami. Tahniah Abah! Segala titik peluh abah dan keringat
abah diberi anugerah yang tidak ternilai harganya.
Sebelum abah berangkat ke Tanah Suci waktu itu, aku juga
telah selamat menamatkan pengajianku sebagai graduan ijazah. Alhamdulillah. Aku
juga tidak pernah menyangka bahawa aku mampu belajar sampai ke tahap ini.
Walaupun sudah ramai graduan ijazah di luar sana, aku tidak peduli kerana bagi
aku, aku sudah pun buatkan mak abah bahagia dengan apa yang aku lakukan setakat
ini. Alhamdulillah.
On my last paper for Final Semester!
Terima Kasih Ya ALLAH.
No comments:
Post a Comment