July 30, 2013

Mencari Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog fienaz yang tak seberapa nie. Fienaz doakan dan harap sangat yang korang sihat-sihat belaka. Tak lupa juga,  SALAM RAMADHAN. Sementara bulan Ramadhan masih bersama kita, kita harus raikannya sebaik mungkinkan? Hanya sekali dan sebulan sahaja dalam setahun. (Indahnya bulan RAMADHAN).

Mencari semangat yang hilang. Ya, itu tajuk entry kali ni. Kenapa? Fienaz bukan nak bercerita sebenarnya tapi fienaz nak pendapat dari korang semua. Boleh? Tidakler sampai nak merayu melutut bagai. Kalau yang ada idea dan pendapat bolehla kita komen-komen nanti :)

Ceritanya begini....

Fienaz merupakan salah seorang rakyat Malaysia (aicheh ayat) yang boleh dikategorikan sebagai salah seorang yang obesiti. Betul ke??? Betul...Fienaz tak tipu pun...*Percayalah kata-kataku ini (haaa..tudiaaa)

Tinggi fienaz adalah 150cm jer. (Rendahnya, siapa cakap pendek fienaz luku kepala dia!)
Berat pula adalah 80kg (Oi, biar betul kau!) 
SUMPAH
Fienaz tak tipu korang
Tak baik menipu bulan puasa kan??? Kan???

Jadi....

Fienaz nak minta pendapat korang ataupun cadangan korang la. Macam mana fienaz nak dapatkan semangat menurunkan berat badan fienaz ni. Fienaz nak semangat tu biarlah berpanjangan. Selalunya semangat fienaz hanya akan bersama fienaz selama seminggu atau paling lama pun dua minggu ja. Sangatla tak padan kalau nak dibandingkan dengan berat yang dah berkilo-kilo tu kan??? *Aku mecari semangat yang hilang*


Kalau ada yang sudi nak kongsi dan berikan cadangan, komenlah pada entry nie yer.
Fienaz tak paksa pun :)

*P/S: Jangan suggest produk dekat fienaz, Please!

8 comments:

  1. macam tak percaya je.. tp paling baik, jgn makan berlebihan ketika malam. dan selepas makan, elak dari baring atau tidur. sbb t makanan tak hadam betul2

    ReplyDelete
  2. Banyakkan senaman . Kurangkan makan diwaktu malam . Lebih afdal lepas raya nie sambng je puasa . InsyaAllah kurang la nnt brat bdan . Pyka pon brat dah makin naik nie tao . Hehe

    ReplyDelete
  3. banyakkan bersenam....kurangkan makanan yg berlemak....kadang2 badan susah nk turun sbb banyak toksin dalam badan...sambil2 tu boleh amalkan detoks utk buang toksin n minum banyak air putih...detoks tu kalau rajin blh buat sndiri...kalau tak brpa rajin beli je kat guardian hehe...

    ReplyDelete
  4. kalu fiena masih belajar.. lagi best.. sebab fiena kalu boleh tahan la, makan dalam pukul 5 petang je.. tue kalu bukan bulan puasa.. kalu bulan puasa la.. tak yah makan time berbuka..tapi minum air je... saya da wat da.. alhamdulillah.. baju daripada saiz XL turun kpd L.. saya gemuk jugak.. tapi kalu nak kurus, banyak cara saya boleh wat.. hehehe.. tapi bergantung pada kemampuan la.. hehehehe

    ReplyDelete