August 1, 2013

Wujudnya Kau Dalam Hidup Seseorang

Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Harap ampa semua sihat-sihat belaka. Fienaz pun alhamdulillah, sihat. Eh, dah bulan OGOS dah. Selamat datang encik ogos. Kalau boleh nak masa berhenti sampai esok ja boleh dak? Ceq tak maw jumpa 3hb. Ketaq lutut ketaq dada ketaq semualah lepas dengar PA cakap macam tu. Ya Allah tabahkanlah hatiku untuk berdepan dengan keputusan semester empat sabtu nie. Amin.


Eh, kalau tak mula cerita mesti aku melalut yang bukan-bukan lagi. Sudah sudah sudah Fienaz. Jangan marah yer. Fienaz kaki potpet-petpet (banyak cakap). Ya, tajuk kita pada hari ini adalah "Wujudnya Kau Dalam Hidup Seseorang" . Hanya sekadar berkongsi, bukan cerpen atau cerita pendek yer.


Seperti mana yang kita tahu, kita hanya manusia biasa yang tidak sempurna di Allah serta manusia. Kita manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Walaupun kita sering lakukan kesilapan itu, kita harus sedar dan buka mata kita supaya kita jadi yang lebih baik di mata Allah mahupun di mata manusia.

"Wujudnya Kau Dalam Hidup Seseorang" yang amat ikhlas serta terima diri kau seadanya. Baik buruk kau senang susah kau sentiasa dia bersama. Ingatlah dia, jangan pernah kau lupa. Jangan pernah kau leka. Selagi dia ada, selagi dia mampu bersama kau. Jagalah dia seperti mana dia jaga kau. Jangan kau tabur segala fitnah dan prasangka terhadapnya. Ya, kita hanya manusia biasa tapi kita mampu untuk jadi yang terbaik demi orang yang kita sayang, bukan???

Jangan pernah kau maki jangan pernah kau hina dia kerana selama dia ada dia sedikit pun tidak pernah untuk maki serta hina kau malah sikit pun dia tak pernah buka aib kau di mata manusia. Dia jaga kau sebaik mungkin TAPI apa yang kau lakukan terhadapnya??? Aku kecewa dengan sikap kau. Kau tak layak dapat orang sebaik dia. Kau tak patut! Kau manusia yang tidak kenal erti kenang budi!

*Maaf andai luahan hati ini mengguriskan hati sesiapa.

No comments:

Post a Comment