August 2, 2013

Ini Cara Aku

Assalamualaikum. Jawab jangan tak jawab. Hehe. Pejam celik pejam celik kejap ja Ramadhan dah nak tinggalkan kita. Harap dapat bertemu lagi tahun depan dan tahun-tahun yang akan datang. Amin. Malam ni, eh tak pagi ni, eh tak juga. Apa-apa jelah. Janji nak cakap yang semangat nak menaip membuak-buak pulak haa (giteww).

Setiap orang mesti ada cara tersendiri nak luahkan perasaan atau rasa geram kan? Tak kiralah sama ada nak luah atau lepaskan di laman sosial, cerita pada seseorang, sakitkan diri sendiri atau apa jua cara sekali pun kan? Mesti akan ada. Kita hanya manusia biasa. Macam-macam perasaan kita rasa.

.

Dan cara aku adalah di laman sosial. Aku suka menaip aku suka lepas semua di situ. Bagi aku, siapa yang tak sanggup atau tak suka dengan cara aku. Aku tak kisah. Janji aku puas sebab tu memang cara aku. Kita ada cara kita sendirikan? Biarlah apa pun yang orang nak cakap orang nak kata. mulut orang kita bukan boleh tutup. Mulut orang takkan pernah berhenti bercakap melainkan mereka sudah menghembuskan nafas yang terakhir.

Mungkin ada yang terasa dengan apa yang kita kata atau luahkan. Sedangkan kita berkata-kata pada orang lain atau pihak lain. Mengapa mesti terasa? Mengapa? Mesti kita ada berbuat sesuatu kan? Usah terasa usah sentap usah ambil hati jika ianya tidak ada kena mengena dengan anda. Kalau tak suka endahkan saja. Kalau benci buang saja. Jangan paksa diri. Nanti awak yang merana.

Ini cara saya. Maka biarkan saja. Saya juga ada sesiapa yang sudi mendengar luahan hati saya TAPI ini memang cara saya. TOLONG JANGAN HALANG SAYA.

10 comments:

  1. yeppp saya setuju...laen org laen caranyaaa


    salam kenal =D

    ReplyDelete
  2. salam... nie kan blog kita.. terpulang apa orang nak ckp !! be ur self :)

    ReplyDelete
  3. hurm.. tapi tak salahkan kalau kita cuba luahkan pada DIA? mana tau lebih peroleh ketenangan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Boni, tak pernah lupa walaupun sesaat :)

      Delete
  4. Truskan..
    Lain org lain cara..
    Pdulikan org kata.
    Yg pnting kita njoy:-)

    ReplyDelete